Salasilah Ganun

Salasilah Ganun

Thursday, August 2, 2007

Tujuan

Mencari asal usul keturunan juga memberikan kita peluang untuk mengetahui sejarah kehidupan dan dari mana kita berasal dan kemana arah tuju kita selepas itu. Cuba kita renungi dalam-dalam.... setiap orang yang terdahulu seperti ayah, ibu, datuk dan nenek kita yang terdahulu akan pergi akhirnya.... Kekayaan, tanah, pangkat yang menjadi kebangaan akan ditinggalkan.
Bagaimana mereka bertungkus lumus sebelumnya untuk mencari semua itu... jiwa dan perasaan di korbankan kerana semua itu. Semua itu untuk siapa... Anak-cucu, kaum atau ummah.. yang menjadi persoalan dan hanya boleh dijawab oleh empunya diri.
Kini cuba renungi tujuan kita hidup ini dengan melihat contoh orang yang terdahulu.. Ada yang berjuang merentas sempadan negeri untuk kebaikan keturunannya dan ada tujuan yang lebih penting adalah untuk menyambung perintah Ilahi.
Meneroka sempadan negeri dan membuka perkampungan dengan keringat dan darah. Untuk apa semua itu? Kalau tidak untuk anak cucu mereka. Adakah kita berterima kasih kepada mereka?

No comments: